Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

Bantuan Sara Hidup BSH 2019 telah menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai kategori isi rumah dan jumlah Bantuan Sara Hidup BSH 2019 seperti dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia dalam Bajet 2019.

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

bantuan sara hidup BSH 2019

Amaun Bayaran BSH 2019

Jadual di bawah menunjukkan amaun pembayaran BSH 2019 mengikut kategori pendapatan bulanan isi rumah.

BSH hanya layak kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

Kategori Amaun Bantuan
Pendapatan bulanan isi rumah RM2,000 dan ke bawah RM1000
+ RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun
(terhad kepada 4 orang anak)
Pendapatan bulanan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 RM750
Pendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 RM500

Untuk makluman, BSH tidak memperuntukkan bantuan untuk individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah seperti yang diperuntukkan BR1M sebelum ini.

Cara Pembayaran BSH 2019

Cara pembayaran Bantuan Sara Hidup BSH akan dikemaskini bila ia diumumkan nanti.

Semoga info mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 ini berguna untuk para pembaca.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih