Buat keputusan terbaik bila tiba masa – Kata Sultan Johor

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah sentiasa mengikuti perkembangan negeri ini walaupun berada di luar negara.

Dalam entri terbaharu di Facebook baginda, Sultan Ibrahim bertitah:

“Saya kini berada di luar negara tetapi sentiasa mengikuti perkembangan dalam negara terutama negeri Johor melalui laporan semua pihak.

“Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara.

“Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan.

“Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti,” titah baginda ringkas. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih