‘Cabut Uban Nanti Jadi Lagi Banyak..’ – Fakta Atau Mitos?

‘Cabut Uban Nanti Jadi Lagi Banyak..’ – Fakta Atau Mitos?. Uban yang tumbuh dikepala sememangnya menganggu kerana ada yang merasakan ia akan merosakan penampilan dan sekali gus menurunkan keyakinan diri. 

cabut uban

‘Cabut Uban Nanti Jadi Lagi Banyak..’ – Fakta Atau Mitos?

Namun begitu, rata-rata di antara kita tidak mahu mencabutnya kerana percaya uban akan tumbuh lebih banyak jika dicabut. Betul ke?

Bagaimana Rambut Boleh Berubah Menjadi Warna Putih

Rambut tumbuh di atas struktur kulit kepala yang dinamakan folikel dan terdapat kira – kira 100,000 hingga 150,000 folikel rambut pada satu kulit kepala manusia.

Rambut kita pada dasarnya berwarna putih tetapi disebabkan adanya melanin, ia memberi warna kepada rambut yang tumbuh. Melanin terbahagi kepada dua jenis iaitu melanin gelap (eumelanin) dan melanin terang (phaeomelanin).

Melanin diperbuat dalam sebuah sel pigmen yang bernama melanosites. Pada proses pembentukan rambut, melanosites berperan dalam menyuntikkan melanin pada sel yang mengandung keratin (protein yang berperanan dalam pembentukan kuku, rambut dan kulit manusia).

Uban terbentuk karena kurangnya melanin, sebagai pemberi warna. Sehingga, beberapa faktor yang menyebabkan gelap dan terangnya rambut seseorang antara lain adalah faktor genetik, hormon, usia, iklim, polusi, serta paparan zat kimia individu.

betul ke uban kalau dicabut akan bertambah banyak?

Uban Lain Akan Tumbuh Selepas Anda Mencabut Uban Yang Sedia Ada, Betul Ke?

Kenyataan tersebut adalah salah dan mitos semata-mata. Satu folikel hanya akan mengeluarkan sehelai rambut sahaja dan rambut lain disekitar uban tidak akan dijangkiti menjadi putih kerana uban yang tumbuh itu adalah disebabkan pigmen dalam folikelnya sudah mati. 

Tetapi, selepas anda mencabut satu uban, uban yang baru tetap akan tumbuh kerana folikel yang sama tidak lagi menghasilkan pigmen untuk menumbuhkan rambut hitam.

Namun tenang, yang tumbuh tetap hanya satu, bukan berlipat ganda. Selain itu, anda juga perlu berhati-hati mencabut rambut kerana perbuatan tersebut berkemungkinan memberi trauma kepada rambit tersebut yang secara tidak langsung dapat menyebabkan infeksi, luka, dan berpotensi botak. – gegar.my



Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih