Cara Daftar MUET Sesi (2) Jun 2019 Online

Borang Pendaftaran MUET 2019 Sesi (2) Jun Secara Online. Dipetik dari Kalendar Peperiksaan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), cara daftar MUET sesi (2) Jun 2019 online akan di buka pada bulan 20 Feb sehingga 10 April 2019. Peringatan kepada calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET, anda dinasihatkan untuk mendaftar awal di atas talian/ online kerana permohonan yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Cara Daftar MUET Sesi (2) Jun 2019 Online

Dijangka ramai yang akan mengambil peperiksaan MUET samada baru atau memperbaiki keputusan MUET disamping memenuhi syarat UA/ IPTA dari segi permohonan ataupun graduasi.

Tarikh Penting Pendaftaran MUET Jun 2019

Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan 2019 Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), tarikh pendaftaran sesi September 2019 adalah seperti ketetapan berikut:-

  • Tarikh pendaftaran di buka : 20 Feb 2019
  • Tarikh tutup pendaftaran : 10 April 2019
  • Tarikh Ujian Speaking : 18, 19, 20, 24, 25 & 26 Jun 2019
  • Tarikh Ujian Bertulis : 29 Jun 2019

Borang Pendaftaran MUET Sesi Jun 2019 Online

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan sesi Jun 2019 boleh mengisi Borang Pendaftaran 2019 Sesi September Online di laman sesawang MPM seperti informasi berikut :-

  • Applikasi eSubmission MPM online
  • Manual Pengguna Calon Persendirian klik MUET Daftar atau di Panduan Pendaftaran
  • Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’
  • Bayaran untuk ujian ini ialah RM100.00 dengan cara membeli PIN MEC di Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • PERINGATAN :  Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.

Kalendar Peperiksaan MUET 2019

Kepada calon yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET tahun ini, berikut adalah kalendar MUET 2019.

Semoga panduan Borang Pendaftaran MUET 2019 Sesi (2) Jun Online ini bermanfaat kepada semua. Sebarang masalah atau kesalahan sila luahkan di ruangan komen di bawah ini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Reply