Demi cinta sanggup ‘payung’ gambar b0gel. Akibatnya…

KEMARUK bercinta menyebabkan seorang jurujual wanita berusia 20 tahun sanggup memberikan gambar bogelnya kepada teman lelaki.

Malangnya tindakan itu mengundang padah apabila gambarnya disebar di media sosial dan mangsa hingga kini diugut untuk terus memberikan gambar bogel terbaru.

Sebaik menyedari gambarnya itu tersebar empat tahun lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Anne memutuskan hubungan dengan teman lelakinya yang juga rakan sekolah.

Menurutnya, ia bagaimanapun tidak berakhir apabila rakan bekas teman lelakinya yang mendapat gambar bogel itu

bertindak mengugut dia memberikan lebih banyak gambar.

Katanya, dia memberikan gambar peribadinya kepada bekas teman lelaki ketika mereka bercinta pada 2014 melalui aplikasi WeChat dan tidak menyangka gambar itu dikongsi kepada rakan-rakannya.

“Pada tahun 2015 saya terima mesej WeChat daripada seorang lelaki memberitahu mempunyai koleksi gambar bogel saya dan menyedari ia adalah gambar yang diberikan kepada teman lelaki. Susulan itu saya bertindak memutuskan hubungan.

“Namun saya diganggu lelaki yang dipercayai rakan bekas kekasih yang mahukan saya memberi gambar kepadanya pula. Saya terpaksa menurut arahan kerana diugut.

“Hampir lapan bulan saya berikan gambar bogel kepadanya. Namun dia terkejut apabila mendapatinya banyak gambarnya tersebar sebelum membuat laporan polis pada 4 Januari 2017,” katanya yang ditemui di Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini, hari ini.

Bagaimanapun pada Jumaat lalu, seorang lelaki lain pula mengugut akan menyebarkan gambarnya.

“Saya bekerja di Singapura dan pulang bercuti hari ini untuk membuat satu lagi laporan polis apabila menerima ugutan kedua itu. Lelaki itu memberi tempoh 24 jam untuk menjawab mesejnya jika tidak mahu gambar saya disebarkan.

“Hingga kini saya tidak balas mesej lelaki itu yang tidak diketahui apa keinginannya dan tidak membuat ugutan meminta wang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak, Low Guo Nan berkata, dia berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan menyiasat individu melakukan ugutan itu. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih