Gempa di Sulawesi: Muncul pula semburan api bawah tanah

Gempa di Sulawesi: Muncul pula semburan api bawah tanah. JAKARTA – INDONESIA. Susulan gempa bumi menggoncangkan bandar Donggala dan Palu di Sulawesi Tengah, dengan kekuatan 7.5 pada skala Richter, penduduk Mamuju Tengah, dikejutkan fenomena luar biasa.

Gempa di Sulawesi: Muncul pula semburan api bawah tanah

Memetik laporan Liputan6 SCTV, fenomena air lumpur menggelegak dan semburan api dikatakan berlaku di ladang kelapa sawit.

Masyarakat di Kampung Salugatta, memberitahu, lubang terbentuk selebar satu meter telah memuntahkan lumpur dari tanah disusuli api pada ketinggian dua meter.

Pada Sabtu lalu, lumpur itu ditemui dan semalam, selepas gempa berlaku, api kelihatan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun untuk mengelakkan orang ramai menghampiri kawasan itu, pita keselamatan telah dipasang oleh polis.

Penduduk dan polis bertindak membersihkan kawasan itu dari bahan mudah bakar bagi mengelakkan api menyambar sekaligus mengakibatkan kebakaran. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih