Hamba nafsu ajaran sesat

DIA begitu taasub dengan perwatakan warak dimiliki kekasih hati menyebabkan dia sanggup menyerahkan jiwa dan raga semata-mata menjadi isteri lelaki itu.

Bagaimanapun, selepas melalui azab dikurung selama dua tahun dan dijadikan pemuas nafsu, dia nekad menceritakan sisi sebenar lelaki terbabit kepada isterinya untuk memastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap dengan ayat cinta lelaki berkenaan.

Bagaikan ditunjuk jalan, mereka kini bekerjasama membongkar kegiatan songsang lelaki berusia 48 tahun yang mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita termasuk artis selepas membuat aduan di beberapa jabatan agama.

Bagi Hani, 22, tiada apa yang lebih melegakan apabila usaha kerasnya untuk bertemu dengan isteri lelaki berkenaan membuahkan hasil kerana dia sudah tidak tahan diperlakukan sebagai hamba seks selama ini.

“Saya mengenali lelaki itu selepas diperkenalkan seorang ahli keluarga yang membawa saya berjumpa untuk berubat ekoran masalah kesihatan. Esoknya, saya mula rasa pelik apabila asyik teringatkan dia dan naluri untuk hidup bersama dengannya begitu kuat.

“Selepas itu, saya dibawa berubat di sebuah rumah di Subang dan di situ saya menyerahkan segala-galanya termasuk kehormatan kerana terlalu ingin bersuamikan dia. Dalam tempoh dua tahun itu, saya langsung tidak peduli nasihat keluarga kerana rela bersama-sama dia.

“Dia mempunyai ramai pengikut dan mereka ini begitu taasub dengan ajaran yang dibawanya. Setiap hari, saya pula akan menerima arahan pelik supaya merakam lebih video bogel untuk dikongsi bersama dengannya dan saya hanya menurut saja tanpa membantah.

“Selama bersama dengannya, sudah lebih 100 video lucah saya rakam dan serah kepadanya.

“Bukan itu saja, dia juga pernah meminta saya untuk threesome atau melakukan seks serentak bersama isteri pertamanya, tetapi saya menolak.

“Saya pernah dinikahi secara mutaah ketika sedang bersama dengannya dan sejak itu, diri saya seolah-olah terikat dengannya,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Hani berkata, pada mulanya dia menghadapi masalah untuk menceritakan perihal lelaki berkenaan kerana bimbang dituduh mempunyai niat jahat, namun selepas berfikir panjang dia nekad mendapatkan wanita berusia 38 tahun itu untuk menghentikan perbuatan songsang lelaki itu.

Katanya, selepas bertemu dan berbincang beberapa kali, mereka kemudian mengambil keputusan untuk merujuk kes berkenaan ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Buloh berhubung perkara itu.

“Saya berterima kasih kepada isterinya kerana memahami apa yang berlaku kepada saya. Rupanya dia juga tahu kegiatan suaminya itu yang mempunyai amalan pelik yang bercanggah dengan ajaran agama. Saya bersyukur sangat kepada Allah SWT kerana rintihan didengari.

“Dia terbuka menerima saya walaupun tahu saya seperti sudah menjadi isteri lelaki itu dan dia juga melihat video kami bersama yang disebarkan dalam kalangan jemaah ajaran berkenaan sejak saya lari daripada rumah yang menjadi kurungan itu.

“Rupanya bukan kami saja, malah seorang artis juga mengakui menjadi mangsa sama sebelum saya dan dia bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya diperlukan. Bila fikir kembali, saya sedih juga mengenangkan nasib hidup.

“Saya akan berkahwin tidak lama lagi, jadi saya mahu lupakan dosa silam saya dengan membantu memberikan maklumat kepada pihak berwajib. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa saya,” katanya yang turut menerima ugutan videonya itu akan disebarkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arsad Kamaruddin ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang giat dijalankan,” katanya.

“Kita akan rujuk kepada Jabatan Jenayah Komersial kerana membabitkan video lucah dan buru suspek,” katanya. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih