‘Hidung dan bibir merah seperti masih hidup’- Jenazah Haziq selamat dikebumikan

SHAH ALAM – Pengebumian jenazah Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, telah disempurnakan di Memorial Park Cemetery Bromley selepas Zohor (waktu tempatan), hari ini.

Salah seorang yang berkesempatan bersama menyempurnakan pengebumian itu, Putera Sriwijaya bersyukur dapat menyertai upacara itu di Facebook miliknya.

Katanya, jenazah adik Haziq telah selamat disolatkan dan dikebumikan lebih kurang sejam yang lepas.

“Alhamdulillah berpeluang mengusung keranda dan menurunkan jenazah syuhada ke dalam liang lahad. Saya menjadi saksi wajah jenazah sangat bersih seperti tidur sahaja walaupun sudah seminggu pergi.

“Hidung dan bibir merah seperti masih hidup. MasyaAllah. Barangkali ada amalan arwah ketika hidupnya sehingga terpilih untuk mati dalam keadaan husnul khotimah,” katanya.

Mohd Haziq adalah antara 50 mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu ketika umat Islam sedang menunggu solat Jumaat.

Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan remaja Malaysia itu yang dilaporkan hilang sebelum ini meninggal dunia dalam insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih