Hujan lebat sejurus pelantikan Sahruddin sebagai MB Johor

Hujan lebat melanda sejurus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Dr. Sahruddin Jamal, 43, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Istana Bukit Serene di sini pagi ini.

Keadaan tersebut mengakibatkan petugas media yang berada di pintu masuk istana sementara menunggu kereta membawa Sahruddin keluar bertempiaran mencari tempat untuk berteduh.

Sahruddin selepas ini dijadualkan bergerak ke Kampung Batu 28, Lenga, Pagoh untuk bertemu ahli keluarganya.

Menteri Besar baharu itu kemudian akan ke rumah Ibunya sebelum solar zuhur dan solat sunat kesyukuran di Masjid Batu 28, Lenga.

Sahruddin seterusnya akan bertemu penduduk setempat secara santai di rumah ibunya.

Selepas itu beliau akan solat Asar di masjid yang sama sebelum bergerak balik ke Johor Bahru.

Beliau menggantikan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar yang meletak jawatan pada 8 April lalu dan dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang ke-17. – UTUSAN ONLINE

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih