“Ingat Dah Bertaubat Rupanya Dia ‘Sangap’ Lagi..” – Ibu Muda Tak Puas ‘Main Jantan’ Abaikan Bayi di Rumah Pengasuh

“Ingat Dah Bertaubat Rupanya Dia ‘Sangap’ Lagi..” – Ibu Muda Tak Puas ‘Main Jantan’ Abaikan Bayi di Rumah Pengasuh | Selepas keluar dari Baitus Solehah 2 tahun lalu bersama anaknya, dia pulang ke kampung. Disana dia berkahwin dengan lelaki yang jadi sahabat bekas teman lelakinya.

Selepas itu saya mendengar khabar, telah bercerai dan jumpa lelaki lain pulak. Namun tidak lama, putus hubungan dengan teman lelaki baru.

Dia bekerja untuk menyara hidup berdua. Anak diletakkan dengan pengasuh.

Ibu Muda Tak Puas ‘Main Jantan’ Abaikan Bayi di Rumah Pengasuh

Ibu Muda Tak Puas ‘Main Jantan’ Abaikan Bayi di Rumah Pengasuh

Selama anak dibawah pengasuh, anak tidak dijenguk. Upah pengasuh tidak dibayar, susu dan lampin pakai buang tidak disediakan.

Setelah 3 bulan berlalu, ibu mahu mengambil anaknya semula. Sudah pasti pengasuh mahu upah dan kos susu , lampin pakaian dan bil rawatan ke klinik. Ibu tidak punya cukup duit untuk tebus anak.

Ibu cuba deal baik baik dengan pengasuh. Pengasuh tetap mahu kos dibayar dahulu baru boleh ambik anak.

Saya bertanya, ” sekarang kamu nak ambik anak, macamana nak kerja? Kenapa upah pengasuh ditangguh pembayaran sampai 3 bulan. Kenapa susu dan lampin tidak disedikan?

Sekarang semua tu dah banyak terkumpul, kan payah. Mana duit gaji kamu Kumpul selama ini?”

Ibu diam. Tak menerangkan pertanyaan saya.

” biarlah anak kamu dengan pengasuh. Pengasuh tu jaga anak kamu dengan baik. Baik kamu kerja dan kumpul duit. Anak kamu tidak terbiar pun.

Sepatutnya kamu sedar hal ini dari bulan pertama lagi. Kamu mesti kira perbelanjaan bila sudah ada anak. Pengurusan kewangan.

Saya bukan tidak mahu tolong, saya sudan tolong kamu, dulu kamu lari bersama anak dari jagaan saya. Kamu tipu saya kata ada temujanji di hospital.

Sehingga saya terpaksa bertindak menggunakan pihak JKM dan polis. Sebab itu kamu selamat tiba di kampung walaupun sebenarnya waris tidak mahu kamu balik.

Saya tidak pasti kamu bernikah atau tidak dengan lelaki kawan teman lelaki kamu tu. Mudahnya kamu bernikah dan bercerai. 7 bulan kamu dalam lindungan saya, apa yang kamu perolehi?

Kamu makin jauh dari ajaran agama sekarang ni. Mungkin anak kamu lebih baik dengan pengasuh kalau macam ni sikap kamu. Tidak berubah. Perbelanjaan hidup sebelum dan selepas ada anak tidak sama.

Mana nak bayar sewa bilik, pengangkutan ke tempat kerja, makan minum , susu, lampin pakai buang anak kamu. Jadi buat sementara ni kamu kerjalah dulu, bayar sikit sikit kepada pengasuh supaya pengasuh nampak kesungguhan kamu dan mampu sediakan perbelanjaan anak.”

Ikut logik kiraan kasar, memang tidak mencukupi jika pendapatan sekadar RM 1000 sebulan. Sewa bilik saja RM 200, upah pengasuh RM 450.00 ( ibu kerja 12 jam sehari), oleh kerana ibu tidak transpot, ibu letak anak bawah jagaan pengasuh 24 jam.

Seminggu sekali baru datang tengok. Susu dan lampin RM 250.00, makan minum diri sendiri, pengangkutan ke tempat kerja. Bukan mudah membesarkan anak sendiri tanpa sokongan sesiapa tambah tambah jauh dari keluarga. Kos jadi tinggi.

Sebab itu mana mana penghuni BS yang waris tidak jemput pulang, mereka terus tinggal di sini. Mereka keluar bekerja, pekerjaan yang sesuai dengan tahap kemaniran sedia ada masing masing.

Ada yang membantu dan beri sokongan , dan mereka belajar dalam pengurusan kewangan supaya mencukupi. Sekurang kurangnya ada baki duit gaji untuk bayar hutang ptptn dan sedikit untuk tabungan.

Cuma kena berkorbanlah untuk mematuhi peraturan tinggal di Baitus Solehah . No gadget, no tv dan no internet. Semua berada di alam nyata. Semoga bermanafaat kisah yang saya tulis ini. – credit Baitus Solehah

Fungsi Baitus solehah

Baitus Solehah adalah sebuah rumah perlindungan untuk menempatkan gadis-gadis terlanjur. Kita wajib menyelamatkan mereka dari berterusan melakukan perbuatan mungkar.Membimbing mereka untuk taubat nasuha, kembali mentaati Allah dan RasulNYA.

Baitus Solehah ditubuhkan bertujuan:

1.Memberi tempat perlindungan sementara kepada pelatih yang sedang dalam krisis.

2.Menyediakan satu tempat perlindungan yang ‘Bi’ah Solehah’

3.Mendidik dan melatih pelatih mengenai ilmu kerohanian yang mantap melalui pengisian pemantapan kerohanian, pengurusan diri dan membina sikap bertanggungjawab

4.Menjadikan para pelatih sebagai satu kumpulan sokongan untuk pelatih yang lain dalam usaha mereka mengubah diri ke arah yang lebih baik

5.Membantu menguruskan pelatih yang hamil dari aspek kesihatan dalam proses kehamilan, kelahiran dan penjagaan bayi (sama ada dibela ibu atau diserah kepada keluarga angkat)

6.Menjadikan bekas pelatih Baitus Solehah sebagai contoh islah sahsiah kamilah kepada masyarakat dan seterusnya memberikan sokongan kepada pelatih sedia ada untuk menjana perubahan diri

via helangmerah.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Reply