‘Jamal Abdillah’ pengsan terminum air racun serangga

‘Jamal Abdillah’ pengsan terminum air racun serangga. Jamal Abdillah, 33, lelaki Orang Asli dari Pos Bihai, dekat sini, muntah darah selepas terminum air yang terkena semburan racun, kelmarin.

‘Jamal Abdillah’ pengsan terminum air racun serangga

Jamal dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) dengan penerbangan ihsan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) jam 3.30 petang.

Pegawai Perhubungan Awam Pangkalan Subang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farhan Marzuki berkata, mangsa menyembur racun di kebun tidak jauh dari rumahnya.

“Mangsa pulang ke rumah dan muntah darah. Dia dikatakan terminum air terkena semburan racun.

“Kami menerima permohonan penerbangan ihsan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gombak sebelum ke lokasi.

“Penerbangan ihsan menggunakan helikopter Agusta A109E diketuai juruterbang Timbalan Penguasa Bomba Mohd Faizal Abd Latiff dibantu Penolong Penguasa Bomba 1 Roslan Aziz berlepas dari Pangkalan Subang jam 2.45 petang dan mendarat di Pos Bihai jam 3.30 petang,” katanya. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih