JDT beri tentangan hebat sebelum…

KUALA LUMPUR 5 Mac – Pendatang baharu Liga Juara-Juara Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi tentangan sengit kepada juara bertahan, Kashima Antlers sebelum tewas 1-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan E di Stadium Kashima, Jepun sebentar tadi.

Selepas membenarkan tuan rumah menguasai permainan babak pertama, Harimau Selatan akhirnya memberi cabaran menuju 15 minit terakhir permainan dengan meledak gol menerusi penyerang baharu, Diogo Luis Santo pada minit ke-80.

Terdahulu, Kashima yang beraksi di depan ribuan penyokong sendiri bermula garang dengan membuka jaringan menerusi Taiki Hirato pada minit ke-43 sebelum penyerang import dari Brazil, Serginho menggandakan kedudukan di minit ke-56.

JDT kini akan menentang kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC dalam aksi kedua di Larkin, Selasa depan manakala Kashima bakal bertandang ke China untuk bertemu Shandong Luneng. – UTUSAN ONLINE

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih