Kerat, kisar mayat 2 wanita

Moscow: Seorang perogol bersiri hanya dihukum penjara 23 tahun selepas didapati bersalah membunuh dua wanita sebelum mengerat dan mengisar badan dengan sebahagiannya diberi makan anjing.

Kerat, kisar mayat 2 wanita

Mail Online melaporkan, Alexander Maslennikov, 32, bertemu dua mangsanya, Daria Labutina, 29, dan Olga Shaposhnikova, 28, di sebuah bar di Volgograd sebelum mengajak wanita berkenaan ke rumahnya.

Ketika di rumahnya, Maslennikov dan Daria membuat hubungan seks di dalam bilik sebelum dia mengerat leher wanita itu dan menikamnya beberapa kali hingga mati.

Selepas membunuh wanita itu, Maslennikov keluar dari bilik sebelum makan pizza dan menghisap rokok bersama Olga yang tidak menyedari rakannya mati dibunuh.

Apabila Olga menyedari Daria sudah mati, Maslennikov mengikat wanita itu sebelum menyeksa mangsa hingga mati.

Maslennikov yang baru lima bulan keluar dari penjara kerana kesalahan merogol kemudiannya menggunakan kapak untuk mengerat mayat mangsa kepada beberapa bahagian.

Seorang daripada mangsa dikerat lebih daripada 20 bahagian.

Dia kemudiannya menghancurkan bahagian badan mangsa menggunakan mesin pengisar daging dan sebahagiannya lagi diberi makan anjing liar.

Sebahagian mayat kedua-dua wanita itu kemudian ditanam di satu kawasan hutan berhampiran.

Ketika dibicarakan, Maslennikov berkata, dia menyesal melakukan pembunuhan itu dan menyatakan simpati terhadap keluarga kedua-dua mangsanya.

“Saya menyesal dengan tindakan ini. Saya juga memohon belas ihsan mahkamah,” katanya. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih