Koleksi Soalan Percubaan Biologi SPM 2018

Koleksi soalan percubaan Biologi SPM semua negeri. Berikut adalah koleksi kertas soalan percubaan (trial papers) berserta skema jawapan untuk subjek Biologi (Biology) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari setiap negeri bagi tahun 2018. Selain soalan-soalan percubaan negeri, kami juga mengumpul soalan-soalan percubaan SPM dari SBP dan MRSM dan juga soalan-soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas.

Koleksi Soalan Percubaan Biologi SPM 2018

Soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM Biologi dari setiap negeri disenaraikan di bawah. Sila klik pada pautan soalan/jawapan untuk paparan atau muat turun. Senarai kertas soalan dan skema jawapan trial SPM 2018 bagi mata pelajaran Biology ini akan dikemaskini dari masa ke masa.

Senarai Soalan Percubaan Biologi SPM 2018

Format Dan Pemarkahan Biologi SPM

Subjek Biologi SPM terbahagi kepada tiga kertas iaitu Kertas 1 (kod 4551/1), Kertas 2 (kod 4551/2) dan Kertas 3 (kod 4551/3).

  • Biologi Kertas 1 (4551/1) mengandungi 50 soalan objektif aneka pilihan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dan masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 15 minit. Markah penuh Kertas 1 ialah 50 markah.
  • Biologi Kertas 2 (4551/2) merupakan ujian subjektif yang perlu dijawab dalam masa 2 jam 30 minit. Markah penuh keseluruhan kertas ini ialah 100 markah. Kertas ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
    1. Bahagian A: Mengandungi 5 soalan berstruktur. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Jumlah markah maksimum untuk bahagian ini ialah 60 markah.
    2. Bahagian B: Mengandungi 4 soalan esei. Calon dikehendaki menjawab mana-mana 2 soalan. Markah penuh untuk bahagian ini ialah 40 markah.
  • Biologi Kertas 3 (4551/3) merupakan ujian amali bertulis. Ia mengandungi 2 soalan subjektif yang melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 1 jam 30 minit. Markah penuh Kertas 3 ialah 50 markah.

Semoga kompilasi soalan-soalan trial Biologi SPM dari seluruh negara ini dapat membantu para pelajar mengulangkaji dan melakukan latih tubi dalam mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Penafian: Fail-fail kertas soalan dan jawapan peperiksaan percubaan SPM di atas tidak dimuat naik, tidak dihoskan dan tidak dimiliki pihak malaysiatercinta.com. Kami hanya memaut kepada sumber-sumber sedia ada di internet. Kredit kepada sumber dan uploader asal.

Koleksi Soalan Percubaan Biologi SPM 2018

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
admin :