Kronologi penemuan mayat Nur Aisyah

Kronologi penemuan mayat Nur Aisyah. -Pada awal bulan November 2018, ibu mangsa mengenali suspek yang juga teman lelakinya apabila sering datang ke tempat kerjanya di Pulau Pinang.

Kronologi penemuan mayat Nur Aisyah

  • Akhir November 2018, wanita itu datang ke Langkawi bersama anak perempuannya. Mereka tinggal bersama suspek dan isterinya di rumahnya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah.
  • Pada hujung bulan Januari 2019, isteri suspek mengetahui hubungan intim suaminya dengan ibu mangsa.

-Ibu mangsa dihantar untuk tinggal di tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, Padang Matsirat, namun anaknya tidak diserahkan kepada pengadu.

  • Pada penghujung Februari 2019 ibu mangsa pergi ke rumah suspek dan dapati anaknya tiada di dalam rumah suspek. Dia diberitahu anaknya diberikan kepada pihak lain yang tidak dikenali.
  • Ibu mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kuah berhubung kehilangan anaknya pada 3 Mac 2019.
  • Pasangan suami isteri terbabit ditahan di sebuah rumah inap desa di Ampang, Selangor 4 petang 5 Mac 2019 selepas melarikan diri.
  • Mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, ditemui di kawasan hutan di Gunung Raya, Langkawi 6 Mac 2019 selepas ditunjuk oleh suspek. – myMetro
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
admin :