Lelaki ini nekad halang pengganas

CHRISTCHURCH: Tanpa berfikir dua kali, seorang lelaki sanggup mempertaruhkan nyawa berdepan pengganas bersenjata sebelum tindakannya itu berjaya menghalang serangan diteruskan di Masjid Linwood.

Warga Afghanistan, Abdul Aziz, 48, dikatakan berdepan dengan lelaki terbabit Brenton Tarrant sambil membaling mesin kredit kad hingga dia melarikan diri dari tempat kejadian, lapor euronews.

Bapa empat anak itu berkata, dia berlari keluar dengan hati yang nekad untuk menghentikan serangan itu apabila membaling mesin kredit kad ketika lelaki terbabit dilihat berjalan semua ke arah kenderaannya, dipercayai untuk mengambil satu lagi senjata.

Katanya, keadaan lebih cemas apabila dia ditembak namun sempat mengelak sebelum mengambil senjata milik lelaki itu yang tertinggal dan menarik picu, namun tidak mempunyai peluru.

“Dia kembali ke kereta dan saya mengambil pistol itu lalu sempat membalingnya ke arah cermin tingkap hingga pecah,” katanya.

Pengganas itu kemudiannya terus melarikan diri daripada serangan kedua di masjid berkenaan sebelum ditahan polis.

Sementara itu, pemangku imam masjid, Latef Alabi berkata, dia terdengar berlaku kekecohan itu kira-kira jam 1.55 waktu tempatan dan menghentikan solat Jumaat.

Latef berkata, dia ternampak seorang lelaki berpakaian serba hitam ala tentera membawa senapang dan menyangkakan pengganas itu adalah pegawai polis sebelum melihat terdapat dua mayat di masjid.

Katanya, dia terus memberi amaran kepada lebih 80 jemaah supaya tunduk namun, Abdul Aziz terus keluar dan berdepan dengan pengganas itu.

“Kemduain ada seorang lelaki ini mengejar dan menghalangnya. Sebab itu kami masih selamat. Jika pengganas itu masuk ke masjid, kami semua mungkin sudah tiada.

“Jika tidak kerana Abdul Aziz, angka kematian mungkin lebih ramai,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih