Mayat warga emas ditemui sudah berulat

Mayat warga emas ditemui sudah berulat. LELAKI warga emas ditemui meninggal dunia dalam bilik sewanya di Jalan Datuk Koyah, Georgetown, hari ini. Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mayat Abdul Sani Mat, 74, ditemui selepas pemilik rumah berkenaan menghidu bau busuk dari bilik si mati.

Mayat warga emas ditemui sudah berulat

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mayat Abdul Sani ditemui sudah berulat dipercayai meninggal dunia antara empat hingga lima hari lalu.

“Pemilik rumah berkenaan memberitahu ada bau busuk dari dalam bilik yang disewakan dan terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan jenayah dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati si mati tinggal di bilik terbabit seorang diri sejak lima tahun lalu, dan polis sedang mengesan warisnya untuk tindakan lanjut. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih