Melampau! Anjur kursus motivasi b0gel

KURSUS motivasi separa bogel. Itu antara ‘intipati’ kursus motivasi anjuran sebuah pusat spa kecantikan diadakan di sebuah resort di Bukit Tinggi, Bentong.

Tindakan itu bukan saja mengejutkan penghuni pusat peranginan terbabit namun turut menyebabkan penduduk kampung ‘tepuk dahi’ melihat gelagat sebahagian daripada 80 peserta separa bogel sebelum mereka melaporkan kejadian itu kepada polis petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, program berkenaan disertai seramai 80 peserta wanita yang juga pekerja pusat spa terbabit dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

“Semua peserta mendaftar masuk ke resort berkenaan sejak Isnin lalu dan kursus itu dijadual berakhir hari ini.

“Berdasarkan laporan yang kita terima pada hari kejadian sebahagian daripada peserta melakukan aktiviti di atas padang dengan keadaan tidak senonoh dan hanya memakai baju serta seluar dalam,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penduduk kampung yang menyedari tindakan tidak senonoh itu bertindak menegur mereka namun tidak diendahkan.

Beberapa keping gambar yang memaparkan peserta sedang melakukan aktiviti itu tular di laman sosial Facebook sejak semalam dan menerima pelbagai kecaman dari warganet.

Othman berkata, pihaknya sudah menahan dan mengambil keterangan empat lelaki dan 30 wanita yang terdiri daripada pengendali serta peserta kursus itu.

“Kita masih lagi mengesan baki peserta kursus itu yang difahamkan sudah pulang ke Kuala Lumpur pagi tadi.

“Justeru, kita minta kerjasama mereka untuk datang melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bagi membantu pihak kami melengkapkan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan sumbang di tempat awam. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
admin :