Misteri pengantin baru ditemui terapung dalam tasik

Misteri pengantin baru ditemui terapung dalam tasik. KUANTAN – Seorang suri rumah dipercayai mengalami kemurungan ditemui mati lemas di Tasik Taman Bandar Indera Mahkota di sini dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Misteri pengantin baru ditemui terapung dalam tasik

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yusof Ali berkata, mayat Sharifah Abdullah, 25, ditemui orang awam dalam keadaan terapung.

“Mayat wanita berkenaan dikeluarkan daripada tasik oleh sepasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Pemeriksaan lanjut ke atas mayat tidak menjumpai sebarang kesan berunsur jenayah,” ujar beliau melalui kenyataan.

Ujar beliau lagi, hasil siasatan pihaknya turut mendapati mangsa keluar daripada rumahnya di sini dengan menunggang motosikal seorang diri pada kira-kira pukul 5 petang semalam.

Tambah beliau, suami mangsa bersama ahli keluarga yang lain berusaha mencari wanita berkenaan di sekitar bandar ini sebelum mayatnya ditemui terapung di tasik berkenaan.

“Mangsa baru berkahwin kira-kira sebulan lalu dan dikatakan mengalami kemurungan disebabkan pernah terlibat dalam satu kemalangan pada tiga tahun lalu.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan sebelum diserahkan kepada keluarganya. Punca kematian disahkan akibat lemas,” katanya. – K! ONLINE

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih