Nasib berbeza dua jiwa.. Terpisah kerana takdir moga Daus tenang disana (10 Gambar)

Nasib berbeza dua jiwa.. Terpisah kerana takdir moga Daus tenang disana (10 Gambar) – Muar : Perkara sudah berlaku mereka terpisah selamanya cinta Daus dan Dayah terpisah kerana takdir. Nasib berbeza kedua-dua nya Dayah kini ditahan untuk tindakan lanjut dan jenazah Daus selamat disemadikan.

Suasana hiba menyelubungi upacara pengebumian mangsa yang maut selepas ditikam isterinya, semalam.

Nasib berbeza dua jiwa.. Terpisah kerana takdir moga Daus tenang disana (10 Gambar)

Allahyarham berusia 28 tahun itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 6, di sini, kira-kira jam 6.45 petang.

Seramai hampir 50 orang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai hadir memberikan penghormatan terakhir pada upacara pengebumian berkenaan.

Nasib berbeza dua jiwa.. Terpisah kerana takdir moga Daus tenang disana (10 Gambar)

Terdahulu, jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 6.30 petang selepas selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Jenazah turut disempurnakan dan disembahyangkan di HPSF sebelum terus dibawa ke tanah perkuburan itu.

Sabtu lalu, seorang suami yang baru lima bulan mendirikan rumah tangga maut ditikam isterinya di sebuah rumah di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 2 petang itu, mangsa Mohd Firdaus Md Salehuddin, maut ditikam isterinya yang berusia 18 tahun ekoran tidak berpuas hati selepas mangsa dilaporkan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah.

Ada sumber mengatakan Dayah mengalami tekanan perasaan apabila pernah keguguran mungkin disebabkan tertekan dia tegar melakukan perkara tersebut sehinggakan insan yang dia sayang pergi buat selamanya namun nasib Dayah selepas ini tidaklah kita ketahui. Al fatihah

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Reply