Perusuh beritahu Adib kena bantai – Saksi

SHAH ALAM 13 Feb. – Saksi keempat inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd.Kassim memaklumkan dia nampak seorang anggota bomba dalam keadaan kaki melunjur dan badan membongkok seolah-olah menahan sakit di lokasi berlakunya rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman dekat sini pada 27 November lalu.

Perusuh beritahu Adib kena bantai – Saksi

Amirul Adli, 26, berkata, ketika itu, dia memeriksa sekeliling kenderaan jenis Hyundai miliknya kerana keretanya rosak di bahagian depan akibat pelanggaran yang berlaku semasa kekecohan tersebut.

“Ketika itu, jarak saya daripada kereta dan anggota bomba terbabit kira-kira 40 meter dan dapat mengecamnya melalui tshirt serta seluar bomba berwarna oren yang dipakainya. 

“Saya menoleh ke kanan dan ternampak anggota bomba ini seakan-akan menahan sakit sebelum diangkat oleh beberapa orang dan membaringkannya di hadapan kereta saya.

“Pada masa ini, saya melihat anggota bomba terbabit hampir pengsan dan ada bertanya kepada seorang lelaki India kenapa dan dia mengatakan kena bantailah apa lagi. Namun, apabila bertanyakan kepada orang lain, mereka mengatakan tidak nampak,” katanya.

Amirul Adli berkata demikian di Mahkamah Koroner ketika menjawab soalan Pengawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin di hadapan Koroner Rofiah Mohamad di sini.-UTUSAN ONLINE

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
admin :