Pinjaman PTPTN: Kerajaan PH seolah-olah lupa perjuangan asal

Pinjaman PTPTN: Kerajaan PH seolah-olah lupa perjuangan asal. KUALA LUMPUR – Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyifatkan kerajaan PH hari ini seolah-olah telah melupakan perjuangannya membela nasib golongan graduan dan berpendapatan rendah setelah berkuasa sebagai kerajaan Persekutuan.

Pinjaman PTPTN: Kerajaan PH seolah-olah lupa perjuangan asal

Presidennya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, sepatutnya kerajaan PH memahami dan membantu anak muda yang tidak mampu untuk membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), bukannya mengambil kesempatan di atas kelemahan atau kesempitan ekonomi golongan itu.

“Polisi potongan gaji sebanyak dua peratus hingga 5 peratus kepada peminjam berpendapatan RM1,000 dan ke atas sangat membebankan anak muda khususnya graduan muda yang terpaksa ikat perut untuk membina kehidupan secara berdikari selepas mereka menamatkan pengajian.

“Perlaksanaan polisi itu bakal menambah beban anak muda yang sememangnya telah berdepan dengan cabaran kos sara hidup tinggi khususnya di kawasan bandar,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Jelasnya, bebanan tersebut juga bakal menimbulkan kebimbangan di kalangan pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah untuk menyambung pengajian.

“Kerajaan sepatutnya menyediakan satu mekanisme yang tuntas untuk membantu rakyat keseluruhan sama ada mereka miskin atau kaya untuk mendapat pendidikan tanpa di diskriminasi selaras dengan perlembagaan Malaysia Perkara 12,” ujarnya.

Justeru, beliau menyarankan agar kerajaan mengambil beberapa inisiatif sebagai usaha membantu rakyat meringankan beban sedia ada.

“Kami menyarankan kerajaan untuk mengambil inisiatif untuk menghapuskan hutang PTPTN bagi semua rakyat Malaysia dan mewujudkan Perbadanan Tabung Wakaf Pendidikan Negara untuk menampung kos pendidikan Malaysia.

“Pada masa sama, kerajaan juga boleh pertimbangkan untuk memotong gaji menteri-menteri dalam kerajaan, lantikan-lantikan politik, serta CEO GLC kerajaan sebanyak 40 peratus untuk menampung kos pendidikan negara selain memberikan fokus kepada sektor pendidikan daripada belanjawan negara sebanyak 45 peratus daripada bajet keseluruhan negara,” katanya. – Sinar Harian

Pinjaman PTPTN: Kerajaan PH seolah-olah lupa perjuangan asal

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
admin :