Punca Sebenar Budak 5 Tahun Maut Ditetak Bapa

Punca Sebenar Budak 5 Tahun Maut Ditetak Bapa. SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas ditetak di kepala dan tangan dengan parang oleh bapanya sendiri di sebuah rumah di Flat Puchong Permai di sini, kira-kira jam 5.40 petang Isnin.

Maut Ditetak Bapa

Punca Sebenar Budak 5 Tahun Maut Ditetak Bapa

Ketika kejadian, mangsa dikatakan tidur di ruang tamu rumah mereka yang terletak di tingkat 4 flat berkenaan sebelum suspek yang berusia 35 menetaknya tiga kali dengan parang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata kejadian itu disedari seorang penduduk yang menyangkakan kanak-kanak itu jatuh dari tingkat 4 flat berkenaan sebelum melaporkannya kepada polis, kira-kira jam 5.45 petang.

“Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya di luar pintu rumah dan dia mengurung diri di dalam.

“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya adalah mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek mengaku membunuh mangsa selepas mendakwa mendengar suara menyuruhnya berbuat demikian.

“Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).

“Suspek sudah pun ditahan dan kita turut menemui parang yang digunakan dalam kejadian itu. Kes dianggap selesai,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Punca Sebenar Budak 5 Tahun Maut Ditetak Bapa

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih