Punca Warga Nepal Maut, Dihumban Dari Tingkat 3

Punca Warga Nepal Maut, Dihumban Dari Tingkat 3

Punca Warga Nepal Maut, Dihumban Dari Tingkat 3 – SITIAWAN: Seorang lelaki warga Nepal maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan sebelum dia dihumban rakannya dari tingkat tiga Hostel Green Prospect yang terletak dalam sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Kampung Acheh di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa yang berumur lingkungan 30-an itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seri Manjung kira-kira 10.30 pagi.

Punca Warga Nepal Maut, Dihumban Dari Tingkat 3

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada 2.09 awal pagi.

“Mangsa yang juga pekerja di kilang tersebut difahamkan bergaduh dengan seorang lagi pekerja di kilang itu dalam keadaan mabuk sebelum mangsa diangkat dan dihumban dari koridor di tingkat tiga hostel tersebut.

“Mangsa yang cedera parah kemudiannya dibawa ke hospital sebelum meninggal dunia. Bagaimanapun, suspek yang juga warga Nepal yang turut tinggal di hostel tersebut telah melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini malam Sabtu.

Muhammad Hanif berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Reply