SAYU !! Ajal Kakak OKU Selamatkan Adik

SAYU !! Ajal Kakak OKU Selamatkan Adik | PELAJAR perempuan orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri mati lemas selepas terjatuh ke dalam air ketika cuba menyelamatkan adiknya di Pusat Rekreasi Lata Lembik Ulu Sungai, Raub, jam 4.50 petang semalam.

Mangsa Nor Dyana Abd Malek, 17, yang cacat tangan kanan berasal dari Paya Serai, Jalan Bukit Seladang, Bandar Bera, Bera.

SAYU !! Ajal Kakak OKU Selamatkan Adik

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan cuba menyelamatkan adiknya, Siti Normala, 15, yang tergelincir di air terjun pusat rekreasi itu.

“Mangsa hilang dibawa arus namun adiknya selamat.

“Operasi mencari dijalankan Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Raub disambung jam 8 pagi hari ini selepas dia tidak ditemui semalam,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari mangsa juga sukar kerana arus deras.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Reply