Categories: Informasi

Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Online

BERITA BAIK !! Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Online Tanpa Perlu Beratur Panjang – Bagi memudahkan rakyat menyemak Wang Tidak Dituntut (WTD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengambil langkah proaktif dengan membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan tersebut.

Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Online

Walaubagaimanapun, anda hanya boleh mengakses portal tersebut yang dijangka mula beroperasi tahun depan.

“Kita memahami keperluan portal ini berdasarkan keadaan semasa yang mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter.” menurut JANM

“Namun apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM,” katanya.

Buat masa ini, para pengguna hanya boleh membuat semakan di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara.

Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

Kaunter Pejabat JANM dilaporkan sesak beberapa hari ini berikutan diserbu ribuan orang yang mahu membuat semakan WTD.

Semuanya berlaku gara-gara pendedahan yang tular mengenai seorang wanita yang mendakwa mendapat RM14,000 selepas membuat semakan WTD miliknya.

Namun, rata-rata pengguna yang membuat semakan pulang hampa apabila hasil semakan tidak menemui sebarang baki wang walaupun telah lama beratur menunggu giliran.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
admin

Recent Posts

Siaran Langsung JDT vs Negeri Sembilan Liga Super 23.5.2018

Tonton Siaran Langsung JDT FC vs Negeri Sembilan NS Liga Super 23 Mei 2018. Saksikan live streaming JDT vs Negeri Sembilan dalam…

10 hours ago

Biodata Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Yang Baru Dalam Kabinet Malaysia

Biodata Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Yang Baru Dalam Kabinet Malaysia. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan barisan Kabinet Pakatan…

14 hours ago

Koleksi Beg Birkin Hermès Untuk Kaya-Kaya Sahaja, Harga AS$9,000 → AS$150,000

Koleksi Beg Birkin Hermès Untuk Golongan Kaya-Kaya Sahaja, Harga Dari AS$9,000 Sehingga AS$150,000. Birkin ialah model, Hermès ialah jenama. Secara…

16 hours ago

Siaran Langsung Kedah vs Pahang Liga Super 22.5.2018

Tonton Siaran Langsung Kedah vs Pahang Liga Super 22 Mei 2018. Saksikan live streaming Kedah vs Pahang dalam saingan bola sepak Liga Super…

1 day ago

Fakta Menarik Tentang Syed Saddiq

Fakta Menarik Tentang Syed Saddiq. “Siapakah Syed Saddiq?” soal wartawan bernada santai. Dia memikirkan seketika, lantas menjawab, “Saya orang yang…

5 days ago

Resepi Menu Ramadhan Sambal Sotong Petai

Resepi Menu Ramadhan Sambal Sotong Petai. Bulan Ramadan bakal menjelma tak berapa lama lagi, mestinya ramai kaum ibu pening utk…

6 days ago