Siaran langsung ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31

Tonton Siaran langsung ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31. KUALA LUMPUR: Mencipta sejarah, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 menerima sebanyak 12,823,144 undi secara online sejak dilancarkan pada 25 Ogos lalu. Undian bagi 13 kategori utama dan lima kategori online yang dibuat melalui laman web www.abpbh.com.my adalah yang tertinggi diterima sejak sistem undian 100 peratus secara dalam talian diperkenalkan ABPBH, tahun lalu. ABPBH 31 akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober.

Siaran langsung ABPBH 2018

Siaran langsung ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31

Jumlah undian direkodkan adalah berdasarkan kiraan hingga hari ini, dengan peminat masih berpeluang memilih calon pujaan sehingga tengah malam Selasa.

Pada ABPBH 3.0 yang menobatkan pelakon, Fattah Amin, sebagai Bintang Paling Popular, sejumlah 1.5 juta undian diterima daripada peminat.

Jumlah undian terkumpul dikongsi pada acara #FANtastik ABPBH 31 dan pengumuman prakemuncak di Istana Budaya di sini, hari ini, yang dihadiri lebih 20 artis dan selebriti.

Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, berkata jumlah undian diterima cukup memberangsangkan dan membuktikan capaian ABPBH 31 terhadap kelompok sasar serta pengguna digital.

“Kita juga gembira apabila laman www.abpbh.com.my mencatatkan jumlah halaman dilihat (page views) 5.3 juta dan pelayar unik (unique visitors) sebanyak 1.2 juta,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Komersial, The New Straits Times Press (NSTP), Alfian Abu Talib; Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil dan Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ABPBH 31, Shamshul Azree Samshir.

Ahmad Zaini berkata, peralihan mekanisme undian daripada akhbar kepada online dibuat sesuai dengan peningkatan BH dalam era revolusi digital.

Tambahnya, ABPBH terus menjadi acara ditunggu-tunggu, bukan saja daripada kelompok peminat seni, malah syarikat korporat dan perniagaan yang percaya sinergi dan kerjasama terjalin mampu mewujudkan suasana ‘menang-menang’ dengan sasaran pelaburan tercapai.

“ABPBH membuka ruang kepada pendedahan dan capaian jenama melalui platform acara berprestij ini yang meliputi segenap sudut baik daripada segmen cetak, dalam talian dan digital dengan produk khusus yang direka khas untuk keperluan penaja,” katanya.

Beliau berkata, sebagai penganjur yang sedar cabaran dunia perniagaan, ABPBH membuka pintu untuk menyediakan pakej tajaan yang memberi nilai tambah melalui konsep ‘cross-titles’ atau pelbagai jenama di bawah Media Prima Berhad (MPB) dan pelbagai inisiatif lain yang menguntungkan pelabur.

“Terbukti, ABPBH selama ini menarik banyak pihak termasuk badan kerajaan seperti Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), syarikat korporat, telekomunikasi dan entiti perniagaan yang diasaskan usahawan Bumiputera terutama produk kecantikan,” katanya.

Ahmad Zaini berkata, kerjasama dengan Alha Alfa, produk kosmetik keluaran tempatan, membuktikan ABPBH menjadi landasan terbaik untuk syarikat Bumiputera meneroka pasaran melalui pendedahan optimum dalam pelbagai platform.

“Pembabitan langsung kelab peminat (FC) artis misalnya, dalam acara #FANtastik pada hari ini juga, adalah suatu bukti ABPBH boleh ‘membantu’ syarikat penaja mendekati kumpulan sasar melalui acara menarik.

“Acara ini bukan sekadar dapat mengetengahkan produk, malah dalam sudut lebih mendalam, membantu mereka merealisasikan sebuah impian seperti falsafah di sebalik kejayaan Alha Alfa, seperti yang kita sedia maklum,” katanya.

Beliau berkata, dalam mengatur strategi masa depan, BH selaku penganjur ABPBH mahu terus menjadikan acara ini gemilang dan penanda aras bagi mana-mana anugerah hiburan pilihan peminat di Malaysia.

“Sebagai langkah memperkasakan ABPBH, kita bercadang mengkaji semula mekanik penganjuran acara ini dengan kemungkinan mengubah format, pengisian dan ‘positioning’ jenama ini ke peringkat lebih besar serta gemilang.

“Definisi ‘popular’ yang diguna pakai dalam era digital sekarang perlu dinilai semula mengambil kira media sosial kini menjadi alat terpenting meraih perhatian,” katanya.

Katanya lagi, dalam konteks hari ini, sesiapa saja mungkin boleh menjadi popular andai melakukan gimik atau aksi hebat dan dikongsi di laman sosial.

Info ABPBH 31

* Jumlah undian terkumpul ABPBH 31 sehingga hari ini adalah 12,823,144 undi.

* Undian yang dibuka sejak 25 Ogos lalu dibuat melalui www.abpbh.com.my.

* Peminat boleh membuat pilihan dalam 13 kategori utama dan lima kategori online.

* Tarikh akhir undian adalah tengah malam lusa.

* ABPBH 31 akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober

depan, mulai jam 9 malam. – BHonline

Siaran langsung ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous