Susulan Tular Video Lucah, Polis Periksa ‘Bahagian Intim’ Tubuh Hana Anisa

Susulan Tular Video Lucah, Polis Periksa ‘Bahagian Intim’ Tubuh Hana Anisa – Video lucah yang tular sejak Oktober lalu,membabitkan wanita bernama Hana Anisa kini dikatakan menjadi subjek siasatan pihak berkuasa Indonesia. Menurut sumber,bekas mahasiswi Universiti Indonesia itu bagaimanapun sebelum ini menafikan dia terlibat dalam rakaman video berkenaan.

Namun polis dari Kota Depok mengesahkan watak dalam video tersebut adalah Hana dan bekas kekasihnya, Hafidz Amrullah selepas mereka menukar pengakuan.

Susulan Tular Video Lucah, Polis Periksa ‘Bahagian Intim’ Tubuh Hana Anisa

“Ya benar, watak lelaki dan perempuan sudah mengakui video tersebut, Hafidz Amrullah dan Hana Anisa,” kata Ketua polis bahagian jenayah, Putu Kholis seperti dilaporkan portal Tempo.

Terdahulu, Putu berkata Hana Anisa memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa wanita dalam video berkenaan bukan dirinya.

Menurut Putu, Hana memberikan keterangan bahawa dia memiliki kesan luka di bahagian intim tubuhnya.

Sehubungan itu pihak polis melakukan ujian makmal untuk mengetahui kebenaran pengakuan berkenaan.

“Bahagian intim tubuh Hana itu yang kami periksa (siasat). Dan pemeriksaan di makmal forensik untuk memastikan hasilnya (video tersebut asli atau tidak),” kata Putu.

Menurut Putu, selain Hana dan Hafidz beberapa saksi lain akan turut dipanggil untuk disoal siasat.

“Ada beberapa saksi yang kami yakin mampu membuka kes ini yang akan kami siasat. Tapi belum dapat kami dedahkan identitinya,” ujarnya.

Polis kini sedang mencari dalang yang menyebarkan video lucah berkenaan sehingga menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun,menurut Putu, perlu tunggu dan lihat berikutan proses siasatan kes tersebut masih terus berjalan. – PRU14.TV

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Reply