Tarikh Keputusan Peperiksaan (STAM) 2018 Sijil Tinggi Agama Malaysia 

Tarikh Keputusan Peperiksaan (STAM) 2018 Sijil Tinggi Agama Malaysia. KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 akan dikeluarkan Khamis depan. Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Tarikh Keputusan Peperiksaan (STAM) 2018 Sijil Tinggi Agama Malaysia

“Calon persendirian akan dimaklum melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Mereka juga boleh menyemak keputusan melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi 18 Januari dan ditamatkan pada 6 petang, 24 Januari,” katanya di Putrajaya.

Menurut kenyataan itu, seramai 9,534 calon mendaftar untuk menduduki STAM di 240 pusat peperiksaan.

Dari jumlah itu, 2,365 calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; 4,951 calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 704 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat; 1,370 calon persendirian manakala 52 calon Sekolah Menengah Swasta yang berdaftar dengan KPM.

Sementara 92 calon lagi calon luar negara (Kemboja) yang mendaftar dengan KPM.

_______________________________________________________

Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2017. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 akan diumumkan pada 18 Januari 2018. Keputusan boleh diambil di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi. Bagi calon-calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. Keputusan Peperiksaan STAM 2017 juga boleh disemak melalui SMS.

Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2018

Semak Keputusan STAM Secara Online

Untuk makluman, tiada perkhidmatan semakan secara online disediakan untuk STAM.

Semak Keputusan STAM Melalui SMS

Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat pesanan ringkas mySMS. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10:00 pagi 18 Januari 2018 dan berakhir pada 6:00 petang 24 Januari 2018.

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STAM melalui SMS:

  1. Taipkan:STAM<jarak>[Angka Giliran]Contoh: STAM  MQ027S015
  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga berjaya dan good luck!

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
admin :