Tragedi 4 maut termasuk kanak-kanak nahas 5 kenderaan

Tragedi 4 maut termasuk kanak-kanak nahas 5 kenderaan | Empat termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di simpang tiga lampu isyarat Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson, petang ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin Ahmad berkata, kejadian berlaku pada jam 2.30 petang yang berpunca apabila sebuah lori dari Sepang dipercayai gagal berhenti di simpang berkenaan lalu merempuh tiga kereta dan sebuah motosikal.

Tragedi 4 maut termasuk kanak-kanak nahas 5 kenderaan

Beliau berkata, tiga kereta yang dirempuh ialah Honda Stream, Mercedes GLC 250 serta Perodua Axia selain motosikal jenis Yamaha LC 135.

“Lori itu dipercayai menyeret Honda Stream menyebabkan empat penumpang kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pasukan bomba dan penyelamat Port Dickson mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan mangsa tersepit dalam kereta yang remuk teruk itu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mayat semua mangsa yang maut serta mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD).

“Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dari semua arah sejauh hampir lima kilometer.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan orang awam yang melihat kejadian itu boleh menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Reply