[UPDATE] Bergaduh sebab nasi lemak rupanya…

[UPDATE] Bergaduh sebab nasi lemak rupanya… POLIS mengesahkan tindakan pemandu bas ekspres yang tidak mahu membayar penuh nasi lemak yang dibeli menjadi punca pertengkarannya dengan pelayan gerai sebelum berlaku pergaduhan di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah timur di Kuantan, kelmarin.

[UPDATE] Bergaduh sebab nasi lemak rupanya…

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pemandu bas ekspres berusia 32 tahun itu dikatakan hanya membayar RM1 yang mana harga nasi lemak yang dijual kepadanya berharga RM2.

“Berdasarkan keterangan pelayan gerai makanan di R&R itu, harga nasi lemak dijual adalah berharga RM3 manakala untuk pemandu bas, lori, dan pelanggan tetap, diskaun diberi iaitu dijual pada harga RM2.

“Pemandu bas ekspres itu hanya membayar RM1 menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Dalam kejadian 1.30 pagi kelmarin, video berdurasi 1 minit 49 saat memaparkan seorang lelaki berbaju dan berseluar hitam dipukul lima lelaki selepas berlaku salah faham antara mereka sebelum ia tular di media sosial.

Mangsa ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh kumpulan lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pemandu bas ekspres terbabit yang kononnya mengasari seorang pelayan kedai.

Terdapat dakwaan mengatakan mangsa tidak mengasari pelayan berkenaan yang juga adik kepada seorang lelaki yang memukul mangsa.

Mohamad Noor berkata, berdasarkan keterangan pelayan gerai terbabit, dia mendakwa dicekik, dipukul di bahagian belakang kepala dan ditendang sebelum membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat yang diterima polis menahan pemandu bas ekspres terbabit di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 1.15 pagi tadi selepas dia tampil untuk memberi keterangan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan enam lagi suspek lelaki berusia 32 hingga 44 tahun di sekitar Kuantan dan Maran, malam tadi bagi membantu siasatan.

Katanya, semua suspek ditahan direman selama empat hari bermula hari ini hingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

________________________________

[UPDATE] 5 lelaki dikenal pasti – Polis. POLIS mengenal pasti lima individu dipercayai terbabit memukul pemandu bas ekspres di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah Timur di Kuantan, semalam.

 

[UPDATE] 5 lelaki dikenal pasti – Polis

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, tangkapan akan dilakukan pada bila-bila masa selepas video memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan lelaki, tular.

“Siasatan awal kita mendapati rasa tidak puas hati menjadi punca pergaduhan. Kakitangan gerai itu juah sudah membuat laporan polis mendakwa berlaku sedikit perselisihan faham antara mereka dengan pemandu bas ekspres terbabit.

“Kejadian ini tidak membabitkan pergaduhan antara kaum seperti didakwa sesetengah pihak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, video berdurasi 1 minit 49 saat memaparkan seorang lelaki berbaju dan berseluar hitam dipukul lima lelaki selepas berlaku salah faham antara mereka.

Mangsa ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh kumpulan lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pemandu bas ekspres terbabit yang kononnya mengasari seorang pelayan kedai.

Ada dakwaan mengatakan mangsa tidak mengasari pelayan berkenaan yang juga adik kepada seorang lelaki yang memukul mangsa.

Sementara itu, Mohamad Noor berkata, pemandu bas ekspres terbabit juga sudah membuat laporan polis di Kuala Terengganu berhubung kejadian terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih