Wanita maut kemalangan di LPT2

SEORANG wanita maut manakala beberapa orang lagi parah selepas MPV yang dinaiki mereka terbabas di LPT2 berhampiran plaza tol Ajil, petang ini.

Wanita maut kemalangan di LPT2

Dalam kejadian pada 2.15 petang itu, mangsa maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tercampak keluar dari MPV tersebut.

Menurut sumber, MPV tersebut dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan dan terbabas memasuki laluan bertentangan.

WANITA maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama suami dan anak serta kenalannya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 400.4, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11 pagi, mangsa yang dikenali Jaruayporn, 33, warga Thailand yang mengusaha kedai makan dan tinggal di Batu Buruk, Kuala Terengganu, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

Difahamkan, kemalangan itu turut menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada kenderaan berkenaan.

Lima lagi penumpang kenderaan itu termasuk suami mangsa, Seman Che Lah, 41, yang memandu Toyota Estima itu dilaporkan cedera.

Seman dan dua anaknya, Puteri Aisyah, 3, dan Siti Sarah yang berusia setahun dikejarkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan lanjut.

Dua lagi penumpang yang juga warga Thailand, Husna Che Leh, 23, dan Siti Aishah Che Hassan turut cedera dan dirawat di Hospital Hulu Terengganu.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki dari arah Kuantan Ke Kuala Terengganu dipercayai terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.

Rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan berkenaan terbalik beberapa kali sehingga termasuk ke laluan bertentangan.

Ketika kejadian, keluarga terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang dari Batu Berendam, Melaka ke Kuala Terengganu.

Ketua Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Hulu Terengganu, Mohd Nor Abdul Rahman berkata, bomba yang menerima laporan bersama enam anggota dan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, semua mangsa didapati sudah dibawa keluar oleh orang awam sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

“Penumpang wanita yang meninggal dunia di tempat kejadian diserahkan kepada polis.

“Polis kemudian membawa mangsa ke Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan, Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Mayat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih